Seminggu di lokap kerana membela nasib penghuni setinggan

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik


"Ketika demo pertama di Baling saya dan kawan-kawan di kampus Universiti Malaya tidak mengetahui apa yang telah terjadi di Kedah. Pada bulan November 1974 kami sedang bercuti sebelum masuk penggal ketiga – penggal peperiksaan."

"Pada ketika itu bangunan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) telah dikunci, dipaku dan menjadi kawasan larangan. PMUM sebagai satu organisasi pelajar telah digantung. Ini adalah hasil dari tunjuk perasaan siswa UM yang menyokong Gerakan Penduduk Miskin Kota di Tasik Utara pada 19 September 1974."

"Kerana berdemo di Tasik Utara di Johor Bahru, kerana menyokong para Setinggan Tasik Utara saya bersama arwah Yunus Ali telah ditahan dan dimasukkan ke penjara Air Molek selama satu minggu."

— Petikan pengalaman Hishamuddin Rais, salah seorang aktivis mahasiswa dari Universiti Malaya yang ditahan polis kerana berjuang bersama rakyat peneroka bandar di Tasik Utara pada tahun 1974. 




Sumber gambar: Buku "Two Faces: Detention Without Trial", S. Husin Ali (INSAN, 1996)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.