Sami Buddha bantah kepulangan Muslim Rohingya


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



SITTWE: Penunjuk perasaan di negeri Rakhine mengadakan bantahan hari ini menentang penghantaran pulang semula penduduk Islam Rohingya dari Bangladesh, merujuk mereka sebagai ‘pelarian yang melarikan diri’.



Kira-kira 100 orang diketuai sami Buddha berarak di ibu negara, Sittwe, memegang sepanduk merah dan melaungkan slogan.

“Semua rakyat negara ini bertanggungjawab melindungi keselamatan negara.

“Tiada faedah langsung kepada kita atau negara jika kita menerima Benggali,” kata seorang sami, menurut siaran langsung Facebook bantahan itu.

Dia menggunakan istilah menghina bagi Rohingya kerana menyifatkan mereka ialah pendatang Bangladesh.

Bantahan itu dibuat 10 hari selepas Bangladesh dan Myanmar sepatutnya mula menghantar pulang semula anggota minoriti Rohingya yang melarikan diri daripada operasi ganas tentera pada Ogos 2016.

Pelarian Rohingya di Bangladesh ebrkata, tentera Myanmar merogol wanita, membunuh saudara mereka dan membakar rumah mereka dalam usaha menghalau etnik itu dari negara berkenaan buat selama-lamanya selepas beberapa dekad dianiaya.

Perjanjian membawa mereka balik dibuat setahun lalu tetapi minoriti Rohingya di dalam kem takut untuk kembali tanpa jaminan kerakyatan, keselamatan dan akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan. — AFP

Sumber : Berita Harian

Admin : Muslim Rohingya telah beratus tahun mendiami kawasan Arakan yang kini ditukar nama sebagai Rakhine... hak mereka mendapatkan kerakyatan dinafikan bahkan penindasan dilakukan ke atas mereka...sejak puluhan tahun lamanya.

Sami Buddha inilah penunggang agama.. harap ada filem yang membawa watak mereka... bukan hanya yang berserban sahaja jadi sasaran.



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.