Polis Evo 2 : Dah habis pengambaran baru jumpa saya - mufti


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,




MUFTI Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa pihak produksi filem kontroversi Polis Evo 2 hanya menemuinya selepas pengambaran selesai dilakukan.

Mohd Asri berkata, Penerbit filem itu Datuk Khairul Anwar Salleh hanya menemuinya dua hari lalu bagi mendapatkan pandangan, namun tiada pertemuan dibuat sebelum penggambaran dilakukan.

Katanya, beliau bimbang sekiranya ada pihak salah faham dengan kenyataan Khairul Anwar bahawa pihak produksi sudah bertemunya bagi mendapatkan nasihat mengenai pembikinan filem itu.

“Sebenarnya, pihak penerbit baharu sahaja berjumpa saya dua hari lalu bukan sebelum penerbitan, dan ketika itu saya sudah memberi beberapa pandangan umum sesudah melihat trailer filem berkenaan.

“Antaranya ulasan saya ialah trailer filem itu memberikan mesej yang kurang baik tentang imej umat Islam, namun saya tidak tahu isi kandungan (penuh) filem yang sebenarnya,” katanya menerusi status laman sosial Facebooknya, hari ini.

Khairul Anwar sebelum ini memaklumkan pihaknya sudah mendapatkan nasihat Mohd Asri dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung isu sensitiviti berkaitan Islam dalam filem berkenaan.

Khairul Anwar dipetik berkata, filem aksi itu tidak mempunyai unsur memburukkan imej Islam, malah mengambil kira pendapat dan nasihat daripada golongan ulama.

Mengulas lanjut Mohd Asri berkata, beliau tidak dapat memberikan gambaran keseluruhan kerana belum menonton filem berkenaan.

“Ketika dunia musuh menggambarkan umat Islam sebagai pengganas, tidak wajar kita membantu mereka mengukuhkan lagi agenda itu dan realitinya di Malaysia, ekstremis belum sampai ke peringkat seperti yang digambarkan dalam trailer itu.

“Saya rasa tiada keperluan nak digambarkan seperti itu kerana kita bukan di kawasan Daish atau ISIS. Saya bimbang ia memberikan gambaran salah tentang Malaysia yang harmoni dengan menukar kerajaan tanpa menumpahkan setitis darah pun,” katanya.

Katanya, beliau mempersoalkan jika watak jahat atau pengganas dalam filem berkenaan yang mewakili ajaran sesat atas nama Islam.

“Jika dapat ditonjolkan ajaran Islam sebenar yang harmoni, maka itu dapat menjaga nama Islam.

“Andai sebaliknya dan setakat pertarungan dengan pihak berkuasa sahaja, itu akan memberi mesej salah kepada penonton khususnya bukan muslim.

“Tidakkah nanti mereka (bukan muslim) akan menyatakan muslim sendiri akui mereka pengganas?” katanya.

Sumber : Harian Metro

kenapa aku boikot filem Polis EVO 2, bila bercakap penunggang agama mesti nak kaitkan Islam... mcm la takde paderi, sami yang jadi penunggang agama... tu sami yg bunuh orang Islam di Myanmar... tu penunggang agama Buddha


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.