Peristiwa Telok Gong 1967, hambat hati aktivis mahasiswa



Peristiwa sejarah penglibatan gerakan mahasiswa dalam perjuangan rakyat peneroka bandar, genap sepuluh tahun selepas Malaya merdeka.

Dalam peristiwa pengusiran paksa 530 orang petani miskin yang telah meneroka tanah di kawasan Telok Gong, Kelang, pensyarah dan mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Institut Teknologi Mara (ITM) telah memberikan sokongan dan solidariti terhadap perjuangan petani miskin yang dianggap penduduk setinggan.

Mahasiswa juga telah mengadakan demonstrasi di hadapan Pejabat Kerajaan Selangor dan menganjurkan beberapa sesi "Speakers' Corner" mendesak kerajaan untuk membebaskan pemimpin petani yang ditangkap dan memberikan tanah kepada rakyat tani miskin.

Mahasiswa pada zaman itu melihat peranan mereka bukan sahaja sebagai pelajar, tetapi juga sebagai jurubicara rakyat.

Sumber: Majalah Nadi Insan, Oktober 1982




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.