Peristiwa Double Six tragedi hitam rakyat Sabah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



Memperingati tragedi 'Double Six' yang berlaku genap 42 tahun dulu pada 6 Jun 1976. 

Tragedi nahas kapal terbang ini telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan kesemua 10 orang lain yang berada dalam pesawat, termasuk 4 orang ahli kabinet negara Sabah.

Peristiwa ini telah memberi kesan yang besar kepada rakyat negara Sabah. Tun Fuad telah dijadualkan untuk menandatangani perjanjian petroleum antara negara Sabah dengan Petronas Malaysia pada hari berikutnya, 7 Jun 1976. Dilaporkan bahawa Tun Fuad enggan menandatangani perjanjian itu sekiranya 20% royalti minyak tidak diberikan kepada Sabah.

Lapan hari selepas tragedi ini, pada 14 Jun 1976, Ketua Menteri Sabah yang baru, Datuk Harris Salleh telah menandatangani perjanjian penyerahan minyak kepada Petronas.

Dalam perjanjian tersebut kerajaan Sabah diberikan 5% daripada nilai minyak yang dijumpai di tepi dan pesisiran pantai Sabah, manakala 95% diambil oleh kerajaan Persekutuan.

Semoga Allah mengampunkan dosa Allahyarham Tun Fuad Stephen dan menempatkannya bersama orang yang beriman... Al Fatihah

Janji kerajaan baru Malaysia kepada Sabah








VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.