Pemain takraw diwajibkan menutup aurat dalam semua kejohonan - PSM


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Alhamdulillah, Allahuakbar... tahniah PSM
dalam sukan, syariat dipertahankan..


PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mewajibkan semua pemain lelaki dan wanita memakai pakaian menutup aurat ketika beraksi dalam semua kejohanan mulai April depan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan semua pemain mengenakan pakaian menutup aurat seperti memakai 'tight' (lelaki) dan tudung (wanita) ketika menyertai mana-mana kejohanan sebelum ini.

Justeru, Ahmad berkata PSM bercadang meminda peraturan berkaitan bagi mewajibkan semua pemain memakai pakaian menutup aurat ketika menyertai mana-mana kejohanan bermula dari bangku sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan.

"Ini bermakna semua pemain wajib memakai pakaian menutup aurat mulai tahun depan, misalnya pemain lelaki akan diwajib memakai 'tight' manakala wanita pula wajib memakai tudung.

"Berikutan itu, PSM memutuskan semua kejohanan sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan akan dimulakan selepas April depan bagi memberi masa kepada mereka untuk membiasakan diri dengan peraturan baharu berkenaan.

"Tindakan berkenaan juga membolehkan semua pemain membuat persiapan lebih rapi dan membina semula kekuatan diri dalam tempoh tiga bulan pertama 2019 bagi menghadapi kejohanan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa," katanya kepada wartawan NSTP di Cyberjaya, hari ini.

Sumber : Harian Metro


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.