Laman Utama » » Pelajar bakar mercun depan sekolah raikan pembebasan ketua gengster 08

Pelajar bakar mercun depan sekolah raikan pembebasan ketua gengster 08

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


Jahanam, jahanam, jahanam..
apa nak jadi masyarakat kita ni? pelajar jadi keldai samseng, direkrut jadi penjenayah masa depan... 

Haramkan filem2 Tamil yang berunsur gengsterisme... merosakkan masyarakat


RAWANG - Tular satu rakaman video di aplikasi WhatsApp tindakan seorang pelajar bermain mercun di hadapan sebuah sekolah menengah di sini.

Kejadian kira-kira tengah hari tadi itu bukan sahaja mengundang bahaya kepada pelajar lain, malah turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Rakaman memaparkan tindakan seorang remaja yang masih memakai uniform sekolah dengan bertopi keledar bertindak memegang mercun papan yang meletup sambil menghayunkannya.

Malah terdapat juga mercun yang sengaja dibakar dan di baling atas jalan.

Tindakan berani itu hanya diperhatikan pelajar-pelajar lain, selain terdapat beberapa penunggang motosikal terpaksa memberhentikan kenderaan untuk mengelak terkena mercun itu.

Seorang penduduk mendakwa, tindakan berani pelajar tersebut ada kaitan dengan meraikan pembebasan ketua kumpulan kongsi gelap dari Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Perintah Tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca)

"Bukan hanya sambut Deepavali tapi sambut ketua-ketua mereka geng 08 yang dilepaskan baru-baru ini.

"Gangsterisme di Rawang berleluasa semenjak gangster yang ditangkap dibebaskan. Kebanyakan pelajar India di SMK Seri Garing menyertai geng 08 di Rawang," dakwanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berkenaan kejadian itu.

Sumber : Sinar Harian

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.