Laman Utama » » Mengenang gerakan mahasiswa membela golongan miskin (bhg 2)

Mengenang gerakan mahasiswa membela golongan miskin (bhg 2)

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


Bulan November 1974 Universiti Malaya sedang bercuti sebelum masuk ke penggal ketiga. Kuliah bermula kembali pada awal Disember. Manakala peperiksaan bermula bulan Januari. Bulan Mac, April dan Mei cuti panjang.

Pada bulan November 1974, ketika pelajar sedang bercuti, rakyat Baling, Kedah telah keluar berdemo. Penduduk miskin desa telah menjadi papa kedana kerana harga getah gila menurun. Ini dihantui pula oleh hujan monsun yang tidak henti-henti. Hasilnya orang kampung tidak dapat menoreh. Ramai yang mula kebuluran tanpa makanan.

Berita Demo Baling 74 disiarkan didalam akhbar Strait Times. Akhbar Inggeris ini melaporkan “Hunger Strike in Baling”. Berita kecil ini dicetak tebal hitam – ertinya satu berita penting. Ini berita demo pertama.

Pada ketika berita ini muncul ketua pengarang Straits Times ialah Samad Ismail. Dari segi sejarah Samad Ismail ini ada orang kiri bawah tanah yang ditangkap dibawah ISA.

Ketika Demo Baling 1974 di Kedah, berlaku Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya ( PMUM) telah digantung. PMUM telah digantung pada 21 September 1974 kerana 'rampasan kuasa' pelajar yang menuntut agar Yunus Ali dan Hishamuddin Rais bersama para setinggan Tasek Utara dibebaskan dari penjara Ayer Molek.

Pada ketika itu Hishamuddin Rais adalah setiausaha agung PMUM dan juga presiden PMUM Majlis ke-17 yang baru dipilih. Arwah Yunus Ali ialah ahli majlis.

Sejarah telah merakamkan bagaimana pelajar dari Universiti Malaya telah bersetia kawan dengan setinggan Tasek Utara yang rumah-rumah mereka telah dirobohkan.

Penduduk miskin kota telah berkhemah di hadapan pintu masuk bangunan kerajaan di Bukit Timbalan. Tindakan penduduk miskin kota bersama mahasiswa dianggap merbahaya lantas ramai aktivis mahasiswa ditangkap dan dipenjarakan.


Pada tahun-tahun 70-an dalam Universiti Malaya sudah mula ada rentak perlahan mahasiswa menggugat termasuk tenaga pengajarnya dek rentetan tangkapan beramai-ramai para aktivis.

Perwakilan PMUM terakhir yang dipilih secara undian ialah Majlis ke-16 di mana Kamarazaman Yacob adalah presiden dan Hishamuddin Rais adalah setiausaha agung. Dalam Majlis ke-17 yang dipilih, presiden PMUM ialah Hishamuddin Rais dan timbalan ialah Zahid Hamidi.

Tanpa persatuan, tanpa pejabat, tanpa dana, hakikatnya agar sukar untuk bergerak. Tetapi para aktivis dan pemimpin mahasiswa UM tidak pernah putus asa. Mereka terus bergerak menentang apa yang nereka rasakan sebagai pencabulan. Tanda tangan telah dipungut untuk membantah penyitaan rumah persatuan.

Akhirnya pelajar telah berdemo dalam kampus. Ketika ini Akta Pindaan AUKU 1974 belum wujud lagi.


Hishamuddin Rais berpidato membela setinggan Tasek Utara


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.