Mengenang gerakan Mahasiswa membela golongan miskin (bhg 1)

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik


Pada ketika berlakunya himpunan Baling membela golongan penoreh getah dan rakyat miskin tahun 1974, bangunan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) telah dikunci, dipaku dan menjadi kawasan larangan. PMUM sebagai satu organisasi pelajar telah digantung. Ini adalah hasil dari tunjuk perasaan siswa UM yang menyokong Gerakan Penduduk Miskin Kota di Tasik Utara pada 19 September 1974.

Kerana berdemo di Tasik Utara di Johor Bahru, kerana menyokong para Setinggan Tasik Utara, antara aktivis mahasiswa yang telah ditahan dan dimasukkan ke penjara Air Molek selama satu minggu adalah Hishamudin Rais dan Yunus Ali.

Beberapa hari kemudian penahanan bertambah lagi dengan masuknya Khoo Su Wan dari UM dan Chia Yong Tai mahasiswa dari Universiti Singapura bersama tiga warga Miskin Kota. Ketika dalam penjara Air Molek, Hishamuddin Rais adalah Setiausaha Agong PMUM Majlis ke-16 dan baru sahaja dilantik untuk menjadi Presiden PMUM Majlis ke-17.

Mahasiswa dan kepimpinan PMUM telah merampas dan mengambil alih Universiti Malaya. Mereka merampas UM dengan tuntutan agar aktivis mahasiswa di Air Molek dibebaskan. Mengambil alih universiti adalah satu tindakan radikal yang menjadi trend mahasiswa pada ketika itu - dari Berkeley, ke Oxford, ke Sorbbone ke Adeleide hingga berjaya dilakukan di Universiti Malaya.

Rampasan kuasa mahasiswa ini telah dipatahkan oleh kumpulan yang memanggil diri mereka MTN – Majlis Tertinggi Nasionalis. 

MTN  telah menangkap pemimpin PMUM. Kekecohan ini telah membawa ketegangan. Suasana ini telah membawa penggantungan PMUM oleh pihak universiti dan kerajaan. Ini sebelum secara resmi diperkenalkan pindaan AUKU 1974.

PMUM pada ketika itu adalah persatuan pelajar yang kedua terkaya sesudah Australian Union of Students. Dengan ahli seramai 8,000 lebih, PMUM memungut yuran wajib sebanyak RM24 seorang untuk setiap tahun. PMUM bergerak secara demokratik. Pemimpin dipilih melalui undian.

Selain dari dana yuran, PMUM juga memiliki perniagaan – kafeteria, kedai gunting, kedai buku, bilik biliard, kantin dan bilik tumpangan. PMUM juga memiliki empat buah bas, van, motosikal dan kelengkapan mesin cetak. Bas PMUM berjalan di sekitar PJ dan Kuala Lumpur memungut pelajar masuk dan pulang ke kampus secara percuma.

Dengan dana yang lumayan PMUM juga mengeluarkan pinjaman kepada pelajar. Saya amat yakin ramai pelajar terutama yang BUKAN BUMIPUTERA, yang sekarang menjadi ‘orang besar-besar’ telah mendapat dana pinjaman dari PMUM.

PMUM dari segi sejarah sentiasa menyebelahi rakyat tertindas. Baling hanya salah satu dari sejarah PMUM bersama rakyat.

Himpunan mahasiswa bersama rakyat Baling


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.