Malunya kita! professor Barat ini pula yang yakin Bahasa Melayu masih relevan menghadapi zaman moden


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


SERDANG: Bahasa Melayu tidak akan terancam dengan kemaraan era Revolusi Industri Keempat (RI4) selagi penuturnya terus mendaulatkan dan berusaha melestari serta memperkayakannya.


Ketua Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe, Frankfurt, Prof Dr Arndt Graf, berkata beliau optimis bahasa Melayu akan kekal relevan dan menjadi lebih penting dalam era RI4.

Graf berkata, sejak pertengahan tahun 2010, istilah RI4 semakin tersebar di negara ini hingga menimbulkan kebimbangan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

“Kebimbangan ini bukan hanya terjadi di negara ini, sebaliknya ia juga juga diperkatakan di Indonesia dan Thailand hingga menimbulkan pertanyaan adakah semestinya bahasa wacana mengenai RI4 dikendalikan dalam bahasa Inggeris.

“Bagaimana pula dengan kedudukan bahasa bukan Inggeris, adakah ia akan terus wujud,” katanya ketika menyampaikan Ucaptama Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu: Bahasa Melayu Meniti Era Revolusi Industri Keempat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris dan Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman.

Graf berkata, apa yang dihebahkan di media mengenai penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa wacana RI4 hanya dibuat untuk tujuan pemasaran antarabangsa.

“Apa yang sebenarnya berlaku adalah wacana RI4 di Eropah dibangunkan sepenuhnya dalam bahasa bukan Inggeris, iaitu bahasa Jerman, Sepanyol dan Itali.

“Penutur bahasa Melayu di Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam perlu memastikan kedudukan bahasa itu menjadi lebih penting sejajar dengan usaha untuk menjadikannya relevan sebagai bahasa wacana RI4,” katanya.

Beliau berkata, hal itu boleh dicapai dengan memperkayakan istilah sains dan teknologi, menambah khazanah ilmu berbahasa Melayu melalui penerbitan makalah jurnal serta buku yang sesuai dengan era industri, selain mengajar semua mata pelajaran di maktab, kolej dan universiti dalam bahasa Melayu.

“Pendeknya bahasa Melayu wajib dijadikan bahasa wacana untuk RI4 di negara ini,” katanya.

Untuk rekod, RI4 atau revolusi perindustrian keempat secara umumnya membabitkan Internet of Things (IoT) dalam setiap aspek kehidupan harian.

Ia dinamakan RI4 berdasarkan revolusi pertama yang membabitkan penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi elektrik dan teknologi maklumat.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, kepentingan memartabatkan bahasa Melayu bukan hanya untuk mendepani RI4, bahkan untuk memastikan sahsiah, keperibadian, jati diri dan nilai masyarakat penuturnya dimantapkan seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

“Pembangunan sains dan teknologi dalam peradaban Barat bersifat sekular serta terpisah daripada sistem nilai budaya dan agama.

“Justeru bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa pengantar kepada pembangunan sains dan teknologi dalam tamadun di alam Melayu,” katanya.

-Berita Harian

Perjanjian Pangkor dalam bahasa Melayu, masa itu orang Inggeris perlu tunduk dan faham bahasa kita.


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.