Mahasiswa bakar buku Tunku Abdul Rahman "13 Mei"


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah menulis sebuah buku bertajuk “13 Mei — Sa-belum dan Sa-lepas” yang merakamkan pandangan dan renungan beliau tentang peristiwa hitam tersebut. Buku itu telah diterbitkan oleh Utusan Publications pada tahun 1969, beberapa bulan selepas peristiwa 13 Mei. 

Penerbitan buku itu mengundang pelbagai reaksi. Keratan akhbar Utusan Malaysia di bawah menunjukkan reaksi mahasiswa di Universiti Malaya terhadap buku tersebut.

----------------

"SISWA BAKAR BUKU 13 MEI"

"Penuntut2 Universiti Malaya hari ini telah membakar sa-buah buku '13 Mei Sa-belum dan Sa-lepas’ karangan Perdana Menteri.

"Pembakaran itu di-lakukan di-hadapan bangunan perpustakaan universiti dengan di-saksikan oleh kira2 300 orang penuntut.

"Yang Di-Pertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya Enche’ Anuar Ibrahim menyatakan bahawa tudohan2 yang di-buat oleh Tunku di-dalam buku itu terhadap penuntut2 Universiti Malaya tidak tepat.

"Beliau menyeru pehak yang bertanggong-jawab supaya mengharamkan penjualan buku itu.

"Gambar menunjokkan sa-bahagian daripada penuntut2 itu bersorak2 melihatkan sa-buah buku itu di-bakar oleh mereka."

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia, 3 Oktober 1969, Arkib Negara Malaysia



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.