Kongsi gelap semakin berani, bergaduh dan membunuh depan sekolah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



Sebelum ni pelajar main mercun depan sekolah meraikan pembebasan ahli-ahli kongsi gelap, sekarang kongsi gelap dah makin biadap dan berani bergaduh dan membunuh depan sekolah


JOHOR BAHRU - Pergaduhan dua kongsi gelap dipercayai motif kepada pembunuhan seorang lelaki di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuong 1, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisoner Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa berusia 21 tahun itu ditemui mati dengan kesan tikaman selain seorang rakannya turut cedera.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika kedua-dua mangsa bersama tiga lagi rakannya pergi ke sekolah berkenaan untuk menghadiri karnival yang diadakan.

"Polis difahamkan, kedua-dua mangsa bersama tiga rakan mereka datang ke sekolah itu untuk menghadiri karnival jualan amal sebelum diserang sekumpulan lelaki

“Mangsa yang cedera parah ditikam di dada kanan sempat melarikan diri namun rebah dan meninggal dunia di luar pekarangan sekolah. Manakala rakannya berusia 15 tahun pula cedera kerana ditikam pada lengan kiri," katanya, di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata, tindakan pantas polis kemudiannya membawa kepada penahanan beberapa suspek untuk membantu siasatan.

"Polis telah memberkas 12 suspek berusia 15 hingga 21 tahun dan sedang memburu beberapa lagi rakan suspek.

"Siasatan awal tidak menolak kemungkinan kejadian disyaki berpunca daripada pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, pergaduhan tersebut tidak melibatkan mana-mana pelajar dari sekolah berkenaan.

"Cuma salah seorang daripada suspek yang ditahan sahaja merupakan bekas pelajar sekolah itu.," katanya.

Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat manakala yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Sinar Harian


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.