Ronaldinho, 38, dilaporkan nyaris bangkrap setelah terjerat dengan hutang dan kini hanya memiliki wang simpanan sebanyak 5 euro (RM23.81) dalam akaun peribadinya.

Dalam laporan Football-Italia turut menyebut, Ronaldinho telah mencetuskan hubungan tidak baik dengan pemerintah di negaranya.

Tiada laporan kukuh berhubung bagaimana dia dibelenggu hutang, namun wujud sumber mengatakan ia berkait rapat dengan hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh kerajaan Brazil.

Difahamkan ia melibatkan isu pembinaan sebuah rumah pada 2015 bersama abangnya, Roberto Asis yang tidak meminta keizinan kerajaan Brazil.

Namun ada sumber lain mengaitkan Ronaldinho dipercayai membina sebuah kilang gula dengan platform perikanan dan dermaga di kawasan pemuliharaan tetap Guaiba bersama sebuah syarikat juga tidak mendapatkan permohonan daripada kerajaan.

Oleh sebab itu bekas bintang Barcelona itu didenda sebanyak 1.7 juta pound (RM9.15 juta), namun tidak pula melangsaikan denda tersebut sebaliknya, sekadar membayar 5 euro (RM26.94).

Tindakan tersebut menyebabkan pihak mahkamah bertindak merampas pasport Ronaldinho dan abangnya, dengan laporan terkini mengatakan denda tersebut turut dinaikkan.- AGENSI

Sumber : Utusan Online

Admin : Cari ilmu untuk duit, jika tidak... bukit yang tinggi menjadi rata