Kisah tempahan katering... takde no tel dan alamat.. tapi ini hikmahnya


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



[Pelik Tapi Benar]

Arwah ayah, Haji Tamby Hussin, pengasas Restoran Nasi Beriani Haji Tamby semenjak tahun 1980 telah pergi meninggalkan dunia pada 12.12.2008

Arwah ayah adalah seorang tukang masak kenduri kahwin di melaka. Boleh tahan ramai yang tempah dari beliau.

Sewaktu dua minggu sebelum pemergian beliau,  beliau ada berkata pada aku dan emak..
Beliau kata, ada dua lagi majlis belum selesai.

Allahuakbar. Macamana bapak aku yang tak berapa sihat dan dalam keadaan sedar dan tidak tapi beliau tahu ada amanah yang beliau belum selesai kan. 

Selesai sahaja dua majlis yang terakhir, beliau pun dijemput penciptaNya, Allah Maha Esa.

Buku tempahan katering arwah ayah ada aku pegang waktu itu.

Semua jelas ada no telefon dan alamat. Dan ada di antara mereka yang bila dapat tahu arwah ayah tidak sihat, mereka risau.. tapi setelah aku jelaskan kami akan teruskan.. kebanyakan pelanggan lega.

Namun, ada satu lagi kenduri kahwin pada 18hb Januari seramai 1800 orang dan telah pun diberi cengkeram sebanyak rm5 ribu ringgit ada dicatatkan di dalam buku tempahan arwah ayah. 
Tapi tiada alamat, tiada nombor telefon, cuma nama pengantin sahaja! 

Aku dan emak punyalah bingung nak buat ke tak nak buat sehinggalah kami berdoa tidak henti-henti supaya orang yang tempah tue datang memunculkan diri.

Hari yang dinantikan tiba juga, kami masakkan jugak.. kami dah sewa khemah, lori, thermos dan kami masak juga dengan harapan manalah tau orang itu akan telefon kami hari yang itu.

Kami tunggu sampai jam 1 tengah hari dengan nasi beriani dan lauk pauk atas lori seramai 1800 orang. Tiada pemanggil yang menelefon yang mengatakan ada tempah pada arwah ayah.

Sehingga lah aku tengok balik tarikh itu adalah tarikh hari lahir arwah ayah aku.

Kebetulan atau ketentuan??? 
Arwah ayah kuatnya sedekah waktu hayatnya. 

Jadi bila beliau telah pergi meninggalkan dunia selama satu bulan lebih pun, kami terpaksa uruskan sedekah beliau.

Percaya tak percaya kami terus telefon semua rumah anak yatim di Melaka dan kami sedekahkan nasi beriani itu.

Yang lainnya kami bungkus-bungkus hantar ke masjid-masjid di seluruh negeri Melaka.

Allahuakbar.. aku, emak dan nazli sampai ke hari dan saat ini masih teringat-ingat lagi cerita itu. 

Alhamdulillah, arwah ayah tinggalkan emak yang memang paksa aku buat juga majlis itu sebab ayah dah tulis dan sudah ambil cengkeram.






Dan arwah ayah tinggalkan aku dan suami.. anak dan menantu yang memang sanggup buat kerja gila dan tidak masuk akal itu.

Masak untuk kenduri kahwin yang tiada alamat dan no telefon..

Tapi sudah bagi cengkeram. 
Nak tanya ayah.. ayah dah tiada..

Rupa-rupanya sampai dia dah pergi..
amalan kebajikan masih utk dia rupanya..

Allah Allah Allah

#ameliatambyhussin
#chefamelia
#nasiberianihajitamby
#melaka
#malaysia

Restoran Nasi Beriani Haji Tamby,
No. 69 Jalan PJ1,
Taman Pertam Jaya,
75050 Padang Temu,
Melaka Bandaraya Bersejarah.

016.9129666



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.