Kisah Setinggan Tasik Utara 1974 dan gerakan Mahasiswa



Pada 8 September 1974, dua minggu selepas pilihanraya umum ke-4, tanpa sebarang amaran, lebih 100 buah rumah keluarga miskin peneroka bandar di Kampung Barisan Nasional yang terletak di Tasik Utara, Johor Bahru telah dirobohkan. 300 orang dari 60 buah keluarga hilang tempat tinggal. Mereka cuba meminta bantuan ahli parlimen mereka tetapi tak berjaya. 

Kerana tiada tempat tinggal, pada 16 September 1974, mereka mula mendirikan khemah di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri Johor untuk mereka berteduh. Mereka mula berpiket di situ siang dan malam dengan kain rentang berbunyi “KAMI MENUNTUT KEADILAN, KAMI MAHU TANAH”.

Anak-anak kecil turut sama menyanyikan lagu perjuangan berbunyi:

1.8'' 1080P 170° Car Dash Camera IR Night Vision DVR Video Recorder USB G-sensor More detail click here > bit.ly/2PTsSfi

Posted by Promosi Lazada Malaysia on Saturday, 10 November 2018
"Ini tanah kita,
Orang sudah rampas, 
Kita ambil balik, 
Buat khemah sini. 
Periuk besar-besar, 
Makan sama-sama, 
Walaupun susah, 
Kita seronok. 
Kita ramai-ramai, 
Tentang kezaliman, 
Tahan hak-hak kita, 
Sampai kita menang.”

Dalam perjuangan rakyat setinggan miskin ini, mahasiswa dari kampus-kampus universiti UM, UKM, ITM, USM dan juga University of Singapore telah turun ke Tasik Utara untuk memberikan sokongan kepada rakyat.




Sumber gambar: Buku "With the people!: the Malaysian student movement, 1967-74" suntingan Hassan Karim & Siti Nor Hamid (Institut Analisa Sosial, 1984)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.