Kisah seniwati negara ke Congo dalam misi keamanan PBB


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Normadiah dan Hashimah Yon

NORMADIAH TERBANG KE CONGO

Berikutan konflik Congo kian meruncing pada tahun 1960, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menyarankan negara anggota untuk turut serta dalam misi pengaman PBB di Republic of Congo itu.

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah menyambut baik saranan ini walaupun ketika itu Tanah Melayu baru sahaja 3 tahun mencapai kemerdekan. Ini  merupakan MISI PERTAMA Tentera Melayu diperingkat antarabangsa. 

Kontigen ini dinamakan Malayan Special Forces (MSF) dengan kekuatan 613 anggota, berlepas dari Perlabuhan Klang ke Port Matadi , Congo pada 4 Oktober 1960. Misi ini turut disertai tentera dari Ethopia, Ghana, Guinea, Indonesia, Ireland, Liberia, Mali, Morocco, Sudan, Sweden, Tunisia dan Mesir dalam Misi Organisation des Nations Unies au Congo (ONUC) yang berlanjutan dari tahun 1960 hingga ke 1963. 

Seniwati Normadiah, Hashimah Yon berserta SM Salim, Ismail Bontak dan D Hamzah telah mengadakan lawatan ke sana untuk bertemu (MSF) serta menghiburkan anggota PBB yang lain. Berikut adalah gambar gambar koleksi peribadi Seniwati Hashimah Yon bersama skuad terawal disana bersama Batalion ke 4 RAMD dibawah perintah Lt Kol Ungku Nazaruddin.

(Batalion RAMD yang terlibat dalam MSF di Congo adalah: 
4 RAMD (1.11.60 - 18.7.61), 
6 RAMD (13.7.61 - 31.3.62), 
7 RAMD (27.2.62-30.12.62),
2 RAMD (27.6.62-12.4.63). Manakala Rejimen Peninjau diwakili oleh 1 Rejimen Peninjau dan 2 Rejimen Peninjau)

Terima kasih wira negara!
















Rujukan:
Koleksi Gambar Seniwati Hashimah Yon
Koleksi Gambar Tuan Zulheimy Maamor
Buku : The Malayan Special Force in the heart of Africa. -Tulisan Lt Col (Rtd) Tan Siew Soo.



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.