Fasih berbahasa Cina diberi keutamaan bekerja di Hospital milik kerajaan negeri - KM Melaka



MELAKA - "Pengiklanan jawatan kosong yang mengutamakan pemohon berkebolehan berbahasa Cina bagi jawatan jururawat terlatih (SRN) di Hospital Pakar Putra di sini tidak wajar diperbesarkan," kata Ketua Menteri, Adly 
Zahari.




Beliau berkata ini kerana kebolehan berbahasa Cina ialah nilai tambah bagi syarat pemohonan jawatan itu kerana kelebihan berkenaan diperlukan untuk berkomunikasi dengan pesakit atau pelancong dari China yang mendapatkan rawatan di pusat perubatan milik kerajaan negeri itu.

Katanya, pengiklanan berkenaan tidak menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termasuk dalam berurusan dengan agensi, jabatan dan anak syarikat kerajaan negeri Melaka.

"Terdapat terdapat keperluan bagi hospital berkenaan mendapatkan petugas yang boleh berbahasa Mandarin berikutan peningkatan jumlah pesakit dari China serta kekurangan petugas yang menguasai bahasa tersebut," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program 'Hari Bertemu Rakyat Perdana Siri 2/2018 di sini hari ini ketika diminta mengulas iklan tersebut yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp semalam. - Bernama

Rujukan : Sinar Harian

Admin : Pelancong Cina yang kaya pun pilih Hospital milik kerajaan negeri... ingatkan KPJ ke, Columbia ke..

Untung betul, orang luar datang Malaysia, kita perlu belajar "bahasa mereka"

Untung betul kalau orang jawa nak ke negara China, pergi hospital ada jururawat China menyambut.. " Kabare Wak...."





Jika anda mempunyai perniagaan atau produk keluaran Muslim yang hendak aku iklankan sila hantar pesanan WhatsApp ke nombor telefon di bawah



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.