Disini bermulanya Akta Hasutan


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Akta Hasutan mula diperkenalkan oleh Kerajaan Kolonial British sebagai Ordinan Hasutan (Sedition Ordinance) pada tahun 1938 sebagai salah satu cara untuk mereka membendung penentangan rakyat terhadap kerajaan penjajah dan menyekat gerakan kemerdekaan rakyat yang mula bangkit.

Pada tahun 1946, tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan A. Samad Ismail menjadi mangsa terawal Ordinan Hasutan selepas British kembali menjajah Malaya selepas pendudukan Jepun. Dia telah didakwa menulis artikel-artikel yang menghasut, antaranya dalam sebuah tajuk artikel yang berbunyi "We must get rid of the Anglo-American Devils."

Ordinan Hasutan telah dikekalkan oleh Kerajaan Perikatan yang menggantikan Kerajaan Kolonial British pada tahun 1957 selepas Malaya Merdeka bagi mengekang aktiviti komunis dan subversif yang mengancam keselatan negara




Sumber: Akhbar The Straits Times, 23 Januari 1946

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.