Disember 1974, lebih seribu mahasiswa ditangkap kerana berdemo di Kuala Lumpur


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<



Pada 3 Disember 1974, seramai 1,128 orang mahasiswa dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Teknologi MARA dan Politeknik Ungku Umar telah ditangkap oleh polis dan FRU semasa berdemonstrasi di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. 80 dari jumlah itu adalah mahasiswa wanita. 

Menurut salah seorang mahasiswa yang ditangkap, "Hampir satu jam Masjid Negara diserang dengan tembakan gas pemedih mata. Bila FRU mengundur pelajar maju ke hadapan. Bila pelajar diserang mereka mengundur. Akhirnya FRU masuk ke dalam kawasan masjid. Para pelajar telah menyerang FRU dengan balingan pasu bunga dan apa sahaja yang ada di mata. Tembakan dan tangkapan diteruskan. Akhirnya FRU telah masuk ke dalam masjid untuk menangkap pelajar."

Demonstrasi mahasiswa ini dilakukan sebagai tanda solidariti dengan demonstrasi rakyat tani miskin di Baling, Kedah yang telah bangkit untuk menuntut hak mereka.

Sumber gambar: Buku Syed Husin Ali, "Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara" (INSAN, 1996)




Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.