Bantahan gerakan kiri Melayu terhadap Perlembagaan Persekutuan


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Gambar perarakan ini diambil di pada 27 Disember 1946, semasa Kongres Kedua PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) di Kota Melaka.

Kongres PKMM ini telah disertai oleh wakil-wakil dari gerakan API (Angkatan Pemuda Insaf), AWAS (Angkatan Wanita Sedar) dan GERAM (Gerakan Angkatan Muda).

Perarakan ini dijalankan sebagai tanda protes dan bantahan mereka terhadap cadangan Perlembagaan Federation yang telah disusun oleh Kerajaan Penjajah Inggeris dengan kerjasama wakil-wakil UMNO dan Raja-raja Melayu untuk menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Kertas putih cadangan perlembagaan baru ini telah dikeluarkan pada 19 Disember 1946.

Sebagai alternatif, PKMM, API, AWAS, GERAM telah bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dalam AMCJA (All Malaya Council of Joint Action) untuk menyusun cadangan Perlembagaaan Rakyat yang siap dikeluarkan pada 10 Ogos 1947.

Sumber gambar: Akhbar Malayan Tribune, 28 Disember 1946




VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.