Laman Utama » » Apabila Lagenda filem Tamil dan Melayu berjumpa

Apabila Lagenda filem Tamil dan Melayu berjumpa

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


8 JAM DI KUALA LUMPUR – P.RAMLEE IKAT MGR

Pada 20 Oktober 1970, Malaysia dikunjungi oleh pelakon filem legenda India iaitu M.G. Ramachandran atau lebih masyur dengan nama MGR. Ternyata kunjungan MGR ini telah mengemparkan negara ketika itu, dimana akhbar tempatan melaporkan lebih 5,000 peminat beliau hadir untuk menyambut dan melihat bintang tersohor itu menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Antara bintang filem Tamil yang turut hadir bersama MGR adalah , pelakon lelaki S.A ASHOKAN , heroin filem MANJULA & JAYALALITHA dibantu oleh pelakon komedi NAGESH. Lawatan ke Malaysia ini adalah julung kalinya bagi menjalani pengambaran filem arahan MGR sendiri; ULUGAM SUTRUM VAALIBAN (1973) keluaran syarikatnya Emgeeyar Pictures.




Ketibaan beliau di LAPANGAN TERBANG SUBANG tepat jam 5 petang, suasana meriah serta terkawal dengan bantuan polis pengiring mengiringi mereka ke acara sesi bertemu peminat di STADIUM MERDEKA. Disinilah MGR disambut oleh Bintang Legenda; P.RAMLEE. Selamba sahaja P.RAMLEE berjalan berpimpinan tangan, seiring dengan MGR.

P.RAMLEE yang merupakan Ikon Filem Melayu serta wakil kepada SHAW BROTHERS yang bertindak sebagai pengedar filem Tamil dan pernah mengedar filem MGR yang pertama ; Nadodi Mannan. Kelihatan Seniman Agung begitu teruja & mesra sekali berarak di sekeliling Stadium Merdeka serta dihiburkan dengan tarian budaya Malaysia serta ucapan dari MGR. Pada sebelah malam pula P.RAMLEE membawa MGR ke acara Shaw Brothers di Hotel Federal. Dilaporkan hanya 8 jam sahaja acara MGR berada disini, P.RAMLEE terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada sahabatnya itu. rombongan MGR meneruskan pengambaran filem ke Singapura dan diakhiri di Jepun.








Filem ULUGAM SUTRUM VAALIBAN (1973) ini berkisar tentang seorang Saintis yang dikejar penjahat bagi mendapatkan formula untuk memusnahkan dunia. Filem ini telah ditayangkan di Asia, Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom. Dengan 217 hari tayangan, sekaligus menjadi box-office terbesar dalam sejarah pawagam Tamil.



Rujukan: 
The Hindu cinema
Tamizhar Media (TM)
Sri MGR.com
MGR Vijayan
Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.