Anwar Ibrahim, Universiti Malaya dan sudut pidato


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,




Mahasiswa yang berdiri dengan megafon di atas podium konkrit Sudut Pidato dalam gambar dari tahun 1970 ini adalah pelajar tahun tiga Universiti Malaya yang juga Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya bernama Anwar Ibrahim.

Sudut Pidato pertama dalam sejarah Malaysia telah ditubuhkan oleh mahasiswa dalam kampus Universiti Malaya pada tahun 1966. 

Menurut salah seorang pengasas Sudut Pidato UM, seorang pelajar tahun dua bernama Ravee Raghavan, Sudut Pidato ditubuhkan sebagai pentas untuk mahasiswa mencabar idea-idea yang disampaikan oleh pensyarah dan professor dalam bilik-bilik kuliah, dan juga sebagai platform untuk mahasiswa bersuara, bertukar pendapat, dan tempat untuk mahasiswa berhimpun mengadakan protes dan demonstrasi tentang isu-isu semasa dalam dan luar kampus, dan isu-isu sosial dan politikal dalam dan luar negara. 

Di Sudut Pidato inilah lahirnya tradisi mencabar yang melahirkan gerakan mahasiswa di UM pada tahun 1967, bermula dengan demonstrasi Peristiwa Teluk Gong dan Hamid Tuah di mana mahasiswa telah bangun bersuara untuk petani-petani miskin yang telah ditindas oleh kerajaan. 

Sudut pidato ini juga merupakan pentas untuk ramai aktivis-aktivis dan pemimpin-pemimpin politik dan bisnes masa kini untuk mengasah bakat mereka berpidato semasa zaman mahasiswa mereka dahulu.

Menurut Ravee, Sudut Pidato UM akhirnya ditutup selepas tahun 1974 dan podium konkrit Sudut Pidato kemudiannya dimusnahkan semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran di bawah pemerintahan Dr. Mahathir pada tahun 1980an.

Pada tahun 2000, Sudut Pidato UM telah dihidupkan semula atas cadangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah tetapi dengan syarat mahasiswa tidak dibenarkan bercakap soal politik. 

Sumber gambar: Majalah PBMUM 69/70

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.