Aktivis mahasiswa "menyorok" di rumah Usman Awang


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Pada penghujung tahun 1974, berikutan demonstrasi mahasiswa dan penglibatan aktif mereka dalam menyuarakan masalah rakyat di Baling dan Tasik Utara, pihak polis telah melancarkan operasi untuk menangkap aktivis-aktivis di kalangan mahasiswa dan pensyarah yang terlibat. Ramai yang telah ditangkap dan ditahan di bawah ISA dalam “Operasi Rotan” atas arahan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie dan Menteri Pelajaran, Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Hishamuddin Rais, 23 tahun, dan ahli exco PMUM, Yunus Ali, 22 tahun, antara dua nama dalam senarai teratas nama-nama aktivis mahasiswa yang menjadi buruan polis. Kedua-kedua mereka telah terlepas dari tangkapan polis apabila 1,200 anggota polis yang lengkap dengan senjata pistol dan rotan panjang telah menyerbu kampus UM dan UKM pada pagi 9 Disember 1974.

Sebelum melarikan diri ke luar negara, Hishamuddin Rais dan Yunus Ali telah diberi perlindungan selama beberapa bulan di rumah penulis dan penyair terkenal, Tongkat Warrant, atau nama sebenarnya Usman Awang. Usman Awang yang terkenal sebagai seorang penyair dan seniman yang berjiwa rakyat, juga merupakan seorang aktivis yang terlibat sama dalam memimpin mogok Utusan Melayu pada tahun 1961 yang memperjuangkan kebebasan akhbar. Usman Awang telah mempertaruhkan nasibnya sendiri dan tampil secara senyap-senyap untuk memberi perlindungan kepada kedua-dua aktivis mahasiswa yang menjadi buruan polis itu. 

Sumber gambar: Kamarazaman Yacob, Bersama Anwar ke Penjara (Transgrafik, 1994)



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.