Air percuma : 2019 bukan semua rakyat Selangor akan dapat, hanya golongan B40 sahaja


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


SHAH ALAM: Program pemberian air percuma kepada rakyat Selangor akan hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) mulai tahun depan dan bukan lagi untuk seluruh isi rumah di negeri itu seperti dinikmati sejak 2008.





Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah penjajaran semula program tersebut bagi memenuhi matlamat asal program untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.


kadar 20 meter padu air percuma sebulan akan dinaikkan kepada 25 meter padu bagi golongan B40.


"Kerajaan negeri yakin golongan B40 ini akan mendapat lebih manfaat daripada penjajaran semula air percuma nanti,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2019 berjumlah RM2.56 bilion di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Jumaat.


Pada 2008, kerajaan negeri mula melaksanakan dasar pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.


Kemudahan ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan.

Amirudin berkata bagi 2019, jumlah peruntukan kepada Program Air Percuma selepas penjajaran dilakukan adalah sebanyak RM80 juta dan ini membolehkan kerajaan negeri membuat penjimatan sebanyak RM105.2 juta.


Menurutnya, penjimatan ini akan dapat dikembalikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan program mensejahterakan rakyat.


Dalam perkembangan lain, Amirudin mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan tambahan satu bulan gaji yang akan dibayar pada 20 Disember ini yang memberi implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM34.53 juta. - BERNAMA


Admin : Jangan ingat di negeri maju ini semuanya kaya, masih ramai miskin bandar perlu pembelaan, di kampung ramai termenung melihat harga sawit..


Kerajaan juga perlu berjimat...


Orang kaya jangan merungut


Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/11/24/air-percuma/#VS6ghhaf1GzX82ht.99


VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.