1967 kisah perjalanan panjang pekerja ladang Asahan


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,




Pada 14 April 1967, hari ke-49 Mogok Asahan, pekerja-pekerja Estet Asahan dan kesatuan UMEWU mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan mereka dengan menganjurkan sebuah perarakan protes, untuk berjalan kaki dari estet mereka di Bukit Asahan, Melaka, hingga ke pejabat Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman di ibu negara Kuala Lumpur.  

Seramai 300 orang pekerja Estet Asahan telah bertekad untuk berjalanan sejauh 200 km demi memperjuangkan 2 tuntutan mereka; keadilan untuk 73 rakan mereka yang telah dipecat dan pengiktirafan untuk kesatuan sekerja mereka yang telah diharamkan. 400 rakan sekerja mereka yang tidak menyertai perjalanan jauh ini akan tinggal mempertahankan tindakan mogok mereka di Estet Asahan. 

Perjalanan jauh bersejarah inilah yang kini dikenali sebagai “Asahan Long March 1967”. 

Dalam perjalanan mereka ke Kuala Lumpur, mereka telah menerima banyak sokongan dari kesatuan-kesatuan sekerja lain dan orang ramai yang menyalurkan bantuan minuman, makanan, wang ringgit dan tempat berteduh kepada peserta pejalan kaki. Hampir di setiap tempat yang mereka lalui, ramai juga yang ikut serta berjalan kaki bersama mereka sebagai tanda solidariti. 

Tetapi pada masa yang sama, mereka juga terpaksa merempuhi banyak halangan, sekatan dan rintangan di sepanjang jalan.

Di Jasin, Melaka, polis dan FRU yang telah menghalang mereka termasuk tembakan gas pemedih mata. Ramai yang tercedera dan ramai yang ditangkap polis. Di Kampung Kandang, Melaka, polis menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menyekat dan menangkap pejalan kaki yang singgah dan berlindung di kampung itu. Di Tampin, Negeri Sembilan, mereka telah disekat oleh polis yang sekali lagi telah melakukan penangkapan. Di Kajang, Selangor, sekali lagi mereka diserang oleh polis dan FRU yang sudah menunggu ketibaan mereka. Sekali lagi, ramai yang tercedera dan ramai yang ditangkap dan dihumban dalam lokap. Seorang dari mereka telah ditangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). 

Walaupun terpaksa melalui banyak rintangan, selepas 8 hari berjalan dengan tabah dan tanpa putus asa, akhirnya rombongan mereka sampai ke ibu negara Kuala Lumpur pada 21 April 1967.

Enam hari kemudian, pada 27 April 1967, mereka telah dapat berjumpa dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Menteri Buruh yang telah berjanji akan cuba membantu menyelesaikan masalah mereka.

Pada 5 Mei 1967, selepas pertemuan antara Menteri Buruh dengan majikan Estet Asahan, kesemua 73 orang pekerja yang dipecat telah dipanggil untuk kembali bekerja. 

Walaupun tuntuan pertama pekerja-pekerja Estet Asahan telah berjaya dicapai, tetapi tuntuan kedua mereka telah gagal. Majikan masih tidak mengiktiraf kesatuan UMEWU dan kerajaan terus mengharamkan kesatuan mereka. 



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.