Laman Utama » , » Tun Mahathir bayang boleh bersukan dalam pesawat untuk gerakkan otot

Tun Mahathir bayang boleh bersukan dalam pesawat untuk gerakkan otot

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan reka bentuk kapal terbang pada masa akan datang mampu menempatkan kemudahan bersukan termasuk gelanggang futsal.

Beliau berkata, ia boleh dimanfaatkan penumpang-penumpang yang mempunyai tempoh perjalanan panjang, sekali gus membantu mereka menggerakkan otot dan tubuh badan.

"Saya harap pada zaman-zaman akan datang, pesawat terbang mestilah lebih besar supaya kita boleh ada futsal dalam kapal terbang supaya otot-otot dan masa mereka dapat digunakan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Hari Sukan Negara di sini hari ini.

Hadir sama, isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, sukan merupakan perkara penting untuk kesihatan diri kerana ia memerlukan manusia bergerak pantas dan melakukan pelbagai gerakan badan.

"Zaman ini kita tidak bekerja berat, sebaliknya bekerja dalam pejabat berhawa dingin, duduk di meja berjam-jam dan tak guna langsung otot-otot. Jadi apabila sesuatu itu tak diguna, maka ia akan jadi lemah. Inilah yang sedang berlaku kepada kita.

"Ini menjadikan kita semakin lama semakin lemah. Kalau kita makin lemah, sudah tentu keupayaan kita akan terhad dan sebab itulah sukan menjadi penting kerana acara sukan memerlukan kita bergerak pantas dan melakukan gerakan badan yang menyebabkan masa kita diguna. Kalau masa kita tak diguna, semakin lama semakin lemah," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.