Seniman P Ramlee sertai mogok bela nasib pekerja

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.



Bukan hanya buruh-buruh di lombong, kilang dan estet sahaja yang tubuhkan union, malah pelakon-pelakon filem dan pekerja-pekerja belakang tabir juga turut bersatu di bawah sebuah union - Malayan Artistes' Union, juga dikenali sebagai Persatuan Artis Malaya (PERSAMA) yang ditubuhkan pada tahun 1954.

Pada 16 Mac 1957, 120 orang pelakon, penolong pengarah, juruteknik, penulis lagu dan pekerja-pekerja filem yang bersatu di bawah union telah melancarkan mogok sebagai tanda solidariti dan bantahan terhadap pemecatan 5 orang pekerja filem dan aktivis union oleh syarikat milik Shaw Brothers. Mogok yang berlanjutan sehingga 7 April 1957 ini akhirnya berjaya dengan tuntutan mereka. Lima orang pekerja yang dipecat telah digaji semula.

Presiden union pada masa itu yang turut sama terlibat dalam mogok tersebut ialah seorang pelakon dan pengarah filem bernama P. Ramlee.





Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.