Sejuta umat Islam sedang terseksa di penjara China, polisi kejam negara Komunis

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik



Ramai yang tidak sedar asimilasi paksa yang dibuat oleh kerajaan komunis China telah menyeksa fizikal dan mental umat Islam khususnya dikalangan etnik Uighur




CHINA adalah antara sebuah negara yang mempunyai etnik tunggal terbesar di dunia, iaitu etnik Han mencakupi 91 peratus masyarakatnya. Walau bagaimanapun, Parti Komunis China yang menguasai tampuk pemerintahan menganggap kesamarataan dan penyatuan antara etnik sebagai tonggak kepada kekuatannya (pada masa yang sama memungkinkan dikriminasi dan penindasan kepada etnik minoriti).

Viral di media sosial dan laporan beberapa portal antarabangsa baru-baru ini dimana menyebut kerajaan China menganggap bahawa salah satu etnik minoriti, Uighur (Muslim-Turki) yang mendiami wilayah Xinjiang yang beragama Islam sebagai ‘penyakit berjangkit’ dan mengarahkan lebih sejuta orang etnik tersebut ‘dikuarantin’ dalam kem pemulihan.

Media antarabangsa sebelum ini juga pernah melaporkan bahawa etnik Muslim Uighar sudah sekian lama menjadi sasaran kerajaan China yang bimbang potensi etnik tersebut memberontak dan berusaha untuk mendirikan sebuah kerajaan autonomi, yang sering dirujuk sebagai kerajaan Turkestan Timur.

Misalnya, pada tahun 2009, rusuhan etnik yang meletus telah meragut ratusan nyawa etnik Uighur dimana kerajaan China kemudian mendakwa beratus-ratus warganegara China etnik Uighur sering terlibat dalam serangan keganasan di negara berkenaan selepas kejadian tersebut.




Portal antarabangsa mendakwa, bagi memastikan aspirasi etnik Uighar untuk berpisah daripada China terkubur, pemerintah negara berkenaan bertindak membangunkan kem pemulihan sebagai pusat kuarantin dalam usaha untuk memulihkan penganut agama Islam Uighar yang disytiharkan sebagai ‘berpenyakit’.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dianggarkan sekitar 1 juta etnik Uighar telah pun dihantar ke serata pusat pemulihan bagi tujuan pemulihan. Salah seorang bekas tahanan di kem berkenaan tersebut memberitahu bahawa mereka dipaksa untuk mengubah kepercayaan agama, diarahkan menyanyi lagi berunsur komunisma, memakan babi dan minum minuman beralkohol. Sesetengahnya turut mendedahkan bahawa, jika seseorang itu dipercayai mempunyai kepercayaan agama yang sangat kuat, mereka akan didera dan dibunuh.

Pendedahan ini dibuat di Geneva oleh wakil pertubuhan hak asasi daripada PBB yang bimbang dengan kempen pendoktrinan semula yang dijalankan oleh kerajaan China itu.

"Kita disini benar-benar bercakap mengenai krisis kemanusian. Ini adalah usaha terancang untuk menerapkan kepercayaan politik baru dan mengubah ciri-ciri teras dan kepercayaan agama sesuatu bangsa, pada skala yang mengrisaukan,” kata salah seorang wakil, Adrian Zenz yang merupakan pakar dalam krisis di wilayah Xinjiang.

"Tiada asas undang-undang, tiada, untuk mereka di tahan sebegini. Tiada waran tangkap yang dikeluarkan, mereka tidak melakukan jenayah, tidak dibenar mendapatkan khidmat peguam, tidak dimaklumkan kepada keluarga, anda tidak tahu bila anda dibebaskan dan anda tidak akan tahu apa kesalahan anda," kata Sophie Richardson, Pengarah Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia China.

Sumber :

http://www.sinarharian.com.my/global/china-kuarantin-lebih-sejuta-penduduk-muslim-1.890968

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.