Ranking Universiti Asia 2019 ... Universiti Malaya antara 20 terbaik


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


tahniah UM, UPM, UKM, UDM dan UTM terus unggul berada top 5 universiti terbaik Malaysia dan 50 terbaik Asia




Antara berita baik pagi ini ialah kesemua 19 universiti utama negara berjaya memperbaiki posisi mereka menurut Penarafan Universiti Dunia QS: Asia edisi 2019 yang dikeluarkan oleh penganalisis pendidikan tinggi global QS Quacquarelli Symonds

Universiti Malaya (UM) juga berjaya memperolehi penarafan 20 universiti terbaik di Asia apabila UM naik ke tempat 19 dan berkongsi kedudukan dengan Universiti Jiao Tong dari Shanghai yang amat terkenal dan bersejarah di Asia. Jiao Tong ditubuhkan pada tahun 1896  dan pernah mendapat gelaran "MIT of the East".  Saya amat bangga sekali bahawa UM sekarang ini berada ditempat yang sama dan jika mengikut trend, tidak mustahil untuk UM mendahului kedudukan Jiao Tong.

Disebalik tohmahan bahawa kerajaan BN sebelum ini mengabaikan kualiti dan bidang pendidikan, realitinya ialah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat secara amnya setiap universiti di negara secara berterusan memperbaiki tempat mereka setiap tahun. Sekaligus membuktikan bahawa dasar pendidikan bukan bermula dari kasut dan stoking hitam 

Moga trend ini akan berterusan dan dapat diberi perhatian di bawah kerajaan baru.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10155614159670952/

Gambar dari The Star Online pagi ini.



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.