Pemuda mabuk tergamak rogol nenek usia 100 tahun



Inilah sebab Islam haramkan arak , arak mematikan akal.... sampai tergamak lakukan perkara diluar kewarasan manusia  


KOLKATA - INDIA. Gara-gara mabuk, seorang pemuda hilang pertimbangan apabila merogol nenek berusia 100 tahun dalam kejadian yang mencetuskan kemarahan ramai di Bengal Barat.

Kejadian itu terbongkar selepas cucu mangsa mendengar suara aneh muncul dari kediaman warga emas berkenaan di perkampungan Chakulia di daerah Nadia.

Sebaik sahaja perbuatannya disedari, pemuda yang dikenali sebagai Argha Biswas itu bertindak menyembunyikan diri di bawah katil.

Polis berkata, kejadian berlaku pada Selasa lalu semasa nenek tua itu berseorangan.

Pemuda berusia 20 tahun itu kini direman 14 hari dan sedang menunggu pendengaran kes kali kedua di mahkamah.

Sebelum ini, Biswas memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa beliau tidak menyedari perbuatannya kerana mabuk.

Difahamkan, nenek tua itu telah dibawa ke hospital dan keadaannya dilaporkan stabil. - Agensi

Sumber : Sinar Harian



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.