PDRM : Dalam tempoh 8 tahun hampir 1000 bayi dibuang lebih separuh ditemui sudah tidak bernyawa

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik


Inilah sebab mahkamah syariah perlu dinaik taraf, zina berleluasa... 4000 gadis bawah umur hamil.. gila!


KUALA LUMPUR: Dianggarkan secara purata, 4,000 remaja perempuan hamil bawah 18 tahun dilaporkan setiap tahun berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia.

Memetik statistik berkenaan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata dari tahun 2012 hingga 2016, sebanyak 79,302 kes remaja perempuan hamil bawah 18 tahun telah dilaporkan.

“Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia 5 yang dijalankan oleh LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) pada tahun 2015 turut mendapati pengetahuan mengenai aspek sesksualiti dan kesihatan reproduktif masih lagi rendah dalam kalangan remaja di Malaysia.
“Berdasarkan kajian National Health and Morbidity Survey 2017 oleh KKM, dalam kalangan remaja pernah mengadakan hubungan seks, hanya 10 peratus menyatakan pernah menggunakan kaedah kontraseptif bagi mencegah kehamilan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang meminta Kerajaan menyatakan bilangan kes bayi yang dibuang selain rancangan daripada Kerajaan.

Tambah Hannah, memetik statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejumlah 911 bayi dibuang dari tahun 2010 hingga Ogos 2018, di mana 585 daripada jumlah bayi dijumpai tidak bernyawa.

Justeru, katanya fokus utama Kerajaan adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan, kebajikan bayi dan ibunya terbela di mana ia turut menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah, komuniti, institusi keagamaan, media, pihak berkuasa negeri dan persekutuan.

Malah, Kementerian juga akan memperkasa pendekatan sedia ada melalui inisiatif relevan yang mendekati golongan remaja melalui media sosial yang lebih selesa untuk mereka mendapatkan maklumat bimbingan dan nasihat.

Sumber : Astro Awani


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.