Laman Utama » » Pada hari itu universiti kami dikepung polis

Pada hari itu universiti kami dikepung polis

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


Pada 8 Disember 1974, seramai 1,200 anggota polis telah melancarkan serbuan di kampus-kampus universiti dalam satu operasi untuk menangkap pemimpin-pemimpin dan aktivis-akvitis mahasiwa yang terlibat dalam satu demonstrasi besar di Kuala Lumpur pada 3 Disember 1974. Turut ditahan ialah pensyarah-pensyarah yang turut menyokong perjuangan mahasiswa. Mereka telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Demonstrasi tersebut dijalankan sebagai tanda solidariti dengan nasib rakyat di Baling.

Ekoran kejatuhan harga getah pada tahun 1974, rakyat tani miskin di Baling, Kedah telah bangkit untuk menuntut hak mereka. Bermula pada 19 November 1974 dengan seribu rakyat tani dari kampung sekitar Baling turun ke jalan, angka itu meningkat menjadi 13,000 dua hari berikutnya. Mereka telah berarak ke pekan Baling menuntut agar kerajaan menaikkan harga getah dan menurunkan harga makanan. Selepas itu, sekali lagi mereka berhimpun, lebih 30,000 rakyat tani miskin telah mengadakan demonstrasi besar-besaran di pekan Baling pada 1 Disember 1974.

Sumber gambar: Suratkhabar Berita Harian, 9 Disember 1974



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.