Laman Utama » » Lebih 300, 000 gay di Malaysia, 80 peratus daripadanya orang Melayu - Pegawai Jakim

Lebih 300, 000 gay di Malaysia, 80 peratus daripadanya orang Melayu - Pegawai Jakim

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


Nauzubillahiminzalik, semoga Allah mengampunkan kita semua...

Jumlah gay di Malaysia kini dianggarkan berjumlah 310,000 orang kata pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan pada 2013, golongan itu hanya sebanyak 173,000 orang.

Jumlah ini mewakili dua peratus daripada keseluruhan masyarakat Malaysia dengan 70 hingga 80 peratus daripada kaum Melayu, lapor The Malaysian Insight.

“Saya baru-baru ini tanya pegawai jabatan kesihatan untuk statistik 2018. Komuniti gay kini dianggarkan seramai 310,000.

“Angka ini sedang meningkat. Ini angka untuk gay.

“Angka bagi lesbian pula lebih sukar dijangkakan,” katanya dalam seminar berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Pulau Pinang hari ini.


Sumber : Malaysia kini

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.