Kisah lagend Pyanhabib "selamber" tolak anugerah FFM ke 6 depan Timbalan Perdana Menteri



Bila aku dapat tahu Wany Hasrita rangkul anugerah ABP Berita Harian ke 31, aku dah agak mesti ramai yang kecam... atas dasar apa dia patut menang itu anugerah... lagunya sendiri membengkak telinga mendengar...

wajahnya lawa itu sandaran? jika itu penyebabnya... satu je jawapan aku, karut

Tan Sri SM Salem yang pernah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dalam APBH  ada berkata “ penyanyi baru jangan rasa hebat hanya dengan 2 atau 3 lagu popular, yang kamu menyanyi itu bukan lagu melayu kerana lagu melayu itu lembut bukan menyerit nyerit macam kamu ”

dan aku teringat kisah Pyanhabib, seorang pelakon dan penyajak... pernah dengan selamber menolak anugerah dihadapan Timbalan Perdana Menteri ketika itu...

begini kisahnya..


Dalam Festival Filem Malaysia ke-6, tahun 1986, satu Malaya sudah tahu gua dicalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Kembara Seniman Jalanan. Gua tak ambil tahu pun hinggalah beberapa jam sebelum majlis berlangsung di PWTC, dia dinasihatkan kawan wartawan supaya hadir tanda hormati majlis (hingga sekarang gua tidak tahu gua dijemput atau tidak).

Sekitar satu jam sebelum majlis, gua putuskan hadir. Gua naik teksi dari CM ke `Pusat Dagangan Dunia Putra' kata gua kepada driver teksi dengan was-was sebab gua pun tidak tahu di mana `Pusat Dagangan Dunia Putra'. Keh keh keh!

Majlis sudah bermula masa gua sampai tetapi gua masih terpimga-pinga sebab gua jenis tak reti masuk majlis yang berlampu lip-lap. Dengan berseluar jeans dan jaket askar ...

Gua tercengang-cengang duduk di satu meja bersama Uji Rashid (yang kebetulan gua sudah kenal sebelum itu). Belum lama gua tarik nafas, gua dikejutkan oleh Uji Rashid dan orang sebelah meja minta gua naik pentas.

Panik gua tak habis, gua hendak tidak hendak terus ke pentas di mana Jins Shamsudin menunggu. Gua naik dan memberi salam pada semua. Gua ambil kertas keputusan dari Jins untuk tahu keputusan sebenar.

Gua lagi terpinga-pinga bila keputusan pada kertas yang gua baca menunjukkan gua diberi award pelakon pembantu untuk filem Tsu Feh-Sofiah (dua filem gua lakon masuk final festival sebenarnya) tentulah gua panik tak habis sebab gua dicalon untuk filem KSJ dan bukan untuk Tsu Feh-Sofiah. Gua berpegang dengan apa yang telah dicalonkan iaitu untuknfilem KSJ.

Jins mendesak gua terima tetapi gua tetap menolak hinggalah gua ambil award dan bercakap di microfon begini: “Terima kasih untuk award ini, sebagai pelakon saya terima tetapi sebagai peribadi, saya tolak.

Ok, saya pegang award ini untuk.bergambar. Selepas itu.gua letak award di rostrum, Jins tak terkata bila tengok gua tinggalkan award.

Hadirin apatah lagi, panik tengok gua atau tidak gua tak tahu.

Yang gua tahu, sebaik turun pentas gua diserbu Nasir Jani dan gengan KSJ, gua dipeluk dan diangkat lonjak mereka.

Hadirin terus tertumpu kepada kami, gua syak mereka mencemuh. Kenapa gua dipeluk diangkat lonjak kawan-kawan secara beramai-ramai di depan majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba ?

Rupanya, Nasir Jani dan kawan-kawan meraikan gua bukan kerana gua menang award tetapi kerana tolak award, sebab?

Sebab filem KSJ rupanya ditolak saat akhir dan ia diumumkam di atas pentas. Patutlah gua ditunjuk menang award untuk Tsu Feh-Sofiah rupanya filem KSJ ditendang oleh panel saat akhir.

Gua yang tidak tahu apa-apa, panik tak sudah. Dan dua tiga hari hingga minggu.berikutnya gua kena bantai dek paper.

Mereka berkata, gua bikin antiklimak, gua bikin sabotaj, gua tak hormati majlis Melayu, tak hormati majlis yang dihadiri TPM Ghafar Baba dan bla bla bla ..

Kesah selanjutnya berlarutan hingga Nasir Jani mengamuk di Finas di tv, bertshirt fuck Mahathir malah hingga masuk penjara. Huhu!

Begitulah berprinsipnya perjuangan anak seni terdahulu kerana pada diri mereka ada nilai seorang seniman berbanding pada hari ini lawak tak berapa lawak macam Abam pun dan boleh dapat anugerah....




Sumber Cerita : Rosly Yusof & Pyanhabib


https://www.facebook.com/wargamiskinkotaII

https://www.facebook.com/pyanhabib.rahman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.