Kerana mabuk, pelancong asing berpesta bogel di tepi Sungai Melaka

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik


Inilah sebab kita perlu lawan habis habisan pesta arak di Malaysia, kesannya sangat buruk, merosakkan akal...


Kesal kejadian 'mandi arak’ 
18 Oktober 2018 3:00 AM 

RAKAMAN video yang tular dalam laman sosial mengenai tindakan sekumpulan lima pelancong dipercayai warga asing yang mandi dalam keadaan berbogel di pesisiran Sungai Melaka berhampiran sebuah kafe di Lorong Hang Jebat, Melaka pada 13 Oktober lalu.

MELAKA 17 Okt. – Sekumpulan pelancong yang dipercayai mabuk membuat onar dengan 'mandi arak’ dalam keadaan bogel di siar kaki Sungai Melaka berhampiran sebuah kafe di Lorong Hang Jebat di sini.

Video kelakuan lima pelancong itu termasuk wanita tular dalam media sosial sejak semalam menyebabkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis mengarahkan agensi berkaitan segera melakukan siasatan mengenal pasti individu terbabit untuk diambil tindakan.

Rakaman video berdurasi 15 saat itu dipercayai berlaku pada 13 Oktober lalu telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak.

Muhammad Jailani ketika dihubungi kesal dengan kejadian itu yang sudah pasti akan mencemar nama baik Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan,

“Kerajaan negeri meminta pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut mengikut saluran undang-undang. Kita berasa kecewa dengan kejadian ini dan sudah pasti ini bukan budaya kita. Sehubungan itu saya meminta pihak bertanggungjawab segera menyiasat dan jika perlu mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) hari ini membuat laporan polis agar pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung rakaman video tersebut.

Sumber : Utusan Online


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.