Hukuman mati wajar dikhalayak ramai - Datuk Mah Weng Kwai



Hukuman mati tidak dapat menyekat jenayah kerana pelaksanaannya diselubungi kerahsiaan, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai.

Bercakap dalam forum mengenai penghapusan hukuman mati, beliau berkata orang ramai tidak boleh membuat keputusan tepat yang akan menghalang mereka daripada melakukan jenayah apabila mereka tidak mempunyai maklumat mengenai hukuman itu.

"Mengapa pelaksanaan hukuman gantung sampai mati tidak dilakukan di khalayak ramai? Kenapa hukuman mati disembunyikan dalam kerahsiaan? Untuk menjadi penghalang (jenayah) yang berkesan, bukankah (lebih baik) dilakukan di khalayak ramai dan diumumkan?"

"Kenapa saya bertanya soalan mengenai publisiti dan sebagainya? Bagi mereka yang menyokong hukuman mati, jika anda ditanya adakah anda ingin melihat hukuman gantung sampai mati dijalankan di khalayak ramai di Dataran Merdeka, apakah jawapan anda?

"Saya yakin ada yang mengatakan bahawa ia sangat tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan, persoalan tentang hak asasi manusia dan sebagainya.

Amalan dwistandard

"Tetapi pada masa yang sama, orang yang sama juga turut mengatakan bahawa kita mesti mempunyai hukuman mati untuk menghukum mereka yang melakukan pembunuhan, tetapi laksanakan hukuman itu di penjara di mana tiada siapa yang dapat melihatnya.

"Bukankah kita mengamalkan dwistandard?" kata Mah sambil menjelaskan bahawa laporan berita mengenai pelaksanaan hukuman gantung sampai mati juga jarang-jarang diterbitkan.

Mah, yang juga pesuruhjaya hak asasi manusia Suhakam, berkata demikian semasa bercakap di hadapan 100 hadirin pada suatu forum berjudul 'Death Penalty - Is It a Deterrent?' di Kuala Lumpur malam tadi.

Sumber : Malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.