Dah tak tahan kos sara hidup naik, terbeban hutang tiga beranak nekad bunuh diri di Perlis



Bunuh diri haram hukumnya. Kita tak boleh ambil kerja tuhan dengan ambil nyawa sendiri.... sesukar mana hidup ni, bunuh diri bukan penyelesaian.





PERLIS: Gara-gara tidak mampu menampung kos sara hidup yang tinggi dan dibebani hutang, tiga beranak memilih untuk mengakhiri hidup mereka pada Jumaat lalu.

Menurut laporan polis, mayat bapa berusia 66 tahun, ibu berusia 64 tahun dan anak perempuannya berusia 35 tahun ditemui terapung di sungai Kampung Belat Batu di Perlis.

Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di bawah jambatan Lebuhraya Kuala Perlis Changloon Kg Belat Batu di Arau.

Polis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada saksi yang mengatakan bahawa anak sulung lelaki keluarga si mati telah ditemui masih bernyawa berhampiran sungai itu.

Lelaki tersebut memberitahu bahawa keluarganya berniat menelan racun dan terjun ke sungai.

Namun, dia kemudiannya bertukar fikiran pada saat-saat akhir.

Lelaki terbabit berjaya keluar dari sungai, tetapi ahli keluarganya yang lain telah dihanyutkan oleh arus.

Menurut laporan polis, perkara itu masih dalam siasatan. - The Star

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.