Berzikir di kandang babi di Sepang, Selangor... kumpulan seni bela diri sesat

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik


Tahniah pasukan keselamatan bertibdak tepat dan tegas, kalau dibiarkan ajaran sesat bercampur seni bela diri kesannya cukup bahaya...


Polis menangkap 20 warga Indonesia, termasuk empat wanita, yang disyaki terbabit dengan pertubuhan seni mempertahankan diri haram, selain melakukan pemujaan menyalahi syariat Islam di sebelah kandang babi di Sepang, kelmarin.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, warga asing itu ditahan dalam Op Nyah 1 Selangor di Tanjung Sepat, Bagan Lalang, petang kelmarin.

Katanya, 18 anggota PGA menyerbu Ladang Tumbuk bersebelahan sebuah kandang babi pada jam 5 petang, dan mendapati kawasan itu dijadikan pusat pengembangan silat IKS PI Kera Sakti.

“Ketika serbuan dilakukan didapati sekumpulan warga Indonesia sedang melakukan aktiviti dalam keadaan mencurigakan.

Siasatan awal mendapati suspek terbabit dengan aktiviti pertubuhan seni bela diri haram dan dipercayai sesat,” katanya.

Rujukan : Ismaweb.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.