Laman Utama » » Berkibarnya "Bendera Rakyat" golongan kiri di Tanah Melayu

Berkibarnya "Bendera Rakyat" golongan kiri di Tanah Melayu

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.



10 Disember 1947

Bendera kebangsaan yang pertama dalam sejarah, "Bendera Rakyat" telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya, termasuk di Singapura.

Menurut akhbar Utusan Melayu bertarikh 11 Disember 1947, hampir semua bandar-bandar dan pekan-pekan termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Akhbar Utusan Melayu telah melaporkan semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Disember 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

"Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama-sama diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya (AMCJA). Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap-tiap hari."

Bendera Rakyat, yang juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai "The People's Flag" telah diperkenalkan oleh PUTERA-AMCJA pada tahun 1947 sebagai lambang dan bendera kebangsaan bagi sebuah negara Malaya yang merdeka.

Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 11 Disember 1947 dan akhbar The Singapore Free Press, 10 Disember 1947


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.