Angkatan Pemuda Insaf : Gerakan pemuda Melayu radikal menuntut kemerdekaan


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



Angkatan Pemuda Insaf (API) ialah sebuah gerakan politik kiri yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Disusun pada mulanya sebagai sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), API kemudiannya bergerak sendiri selepas Kongres PKMM yang kedua di Melaka pada bulan Disember 1946.

Tujuan API ditubuhkan (menurut Testament Politik API 1946):
(a) Menyatukan pemuda-pemuda yang insaf dalam satu barisan.
(b) Menukuhkan barisan perjuangan untuk bangsa dan tanahair.
(c) Memberi latihan siasah, rohani dan jasmani kepada pemuda-pemudanya supaya bersedia menjadi pemimpin bila dikehendaki.
(d) Membina semula Malaya mengikut faham demokrasi yang sejati yang berdasarkan kedaulatan rakyat.
(e) Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.
(f) Berjuang untuk mencapai kemerdekaan bangsa dan tanahair dengan segala jalan yang terbuka, dengan lembut jika boleh, dengan keras jika terpaksa.

API dikenali dengan slogannya "Merdeka Dengan Darah" dan pendekatan dan imej mereka yang radikal dalam memperjuangkan kemerdekaan. Disebabkan ini, pada 16 Julai 1947 API telah diharamkan oleh kerajaan kolonial British.



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.