Alhamdulillah, akhirnya Selangor telah bekukan "Surat Ikatan Amanah"



PENDAFTARAN SURAT IKATAN AMANAH DI SELURUH NEGERI SELANGOR DITANGGUHKAN.




Saya di maklumkan oleh ahli-ahli HartaGuam Selangor bahawa segala urusan pendaftaran Surat Ikatan Amanah di Pejabat Tanah Galian (PTG) dan Pejabat Tanah Daerah di seluruh Negeri Selangor di tangguhkan berkuatkuasa 28.9.2018 sehingga dimaklumkan kelak.

Ini dipercayai berikutan daripada banyak pihak yang menyalahgunakan Surat Ikatan Amanah ini untuk tujuan yang bertentangan dengan undang-undang seperti menjual Tanah Lot Lidi kepada pembeli, menjual tanah pertanian yang tidak boleh dipindahmilik (tidak boleh dimasuk nama dalam geran) dan sebagainya. 

Mereka menggunakan Surat Ikatan Amanah ini sebagai dokumen untuk mengesahkan tindakan mereka dan seterusnya untuk mempengaruhi pembeli kononnya transaksi mereka tersebut sah dan selamat dari segi undang-undang.

Lebih malang lagi, ada segelintir peguam dan firma guaman sendiri yang terlibat sama secara langsung dalam menyediakan Surat Ikatan Amanah tersebut.

Saya fikir keputusan PTG Selangor ini harus dipuji dan harus diikuti oleh PTG negeri-negeri lain demi melindungi  kepentingan masyaraka agar tidak mudah diperdaya oleh segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab. 

Harap maklum dan sila sebarkan. Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD. SUKOR 
Timbalan Presiden 
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.