Aku "budak" Pondok... bergelar Yang Berhormat

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik


AKU BUDAK PONDOK.

Baju melayu, kurta, jubah dan kain pelikat, kopiah dan serban memang sinonim dengan budak pondok, apatah lagi kalau diPondok tradisional, identiti pelajar pondok sangat dikenali dengan pakaian sebegini, kemana pun, bila masa pun inilah pakaiannya.

Waktu saya mula datang kepondok, saya pakai seluar jeans, t.shirt dan berkasut N, maklumlah orang muda, diusia belasan tahun. Melihat pakaian pelajar pondok berdetik juga dalam hati 'boleh ke aku pakai pakaian begitu?'. Seperti saya berada didunia asing.

Namun semuanya hanya seketika, bila saya diterima masuk dan menanggalkan pakaian saya, masih ingat saya masuk pondok lepas asar dan hampir maghrib saya menanggalkan pakaian retro saya, maka itulah detik terakhir saya memakainya, selepas itu saya tidak pernah menyarungnya kembali.

Hanya beberapa hari sahaja saya sudah selesa dengan pakaian budak pondok, saya kurang gemar memakai jubah, lebih gemar berbaju melayu atau kurta dan berkain pelikat, sehingga kini pun. Itulah pakaian resmi pelajar pondok tradisional, agak berbeza sedikit dengan pelajar2 dipondok moden atau sekolah2 agama yang kelihatan lebih kemas.

Kata guru saya "Biarlah orang kata kita selekah, pakaian ni seperti ada roh dia, bila kita berpakaian begini, kita akan rasa malu untuk berbuat perkara yang keji, pakaian ini akan memelihara kita, hati kita akan sentiasa berada didalam suasana terdorong untuk berbuat ibadat".

"Tapi janganlah main bola, time kerja, panjat pokok, bancuh simen pun pakai kain jugak". kami ketawa. Namun tugasan kini adakalanya memerlukan saya berpakaian kemas, takkan nak masuk dewan pakai kain pelikat,😀😀😀, sampai mati pun tak dibenarkan masuk. 

Namun sehingga kini saya selesa begitu setelah belasan tahun berpindah dari satu pondok kepondok yang lain,  yang pasti bila saya berpakaian pondok, maka bergentayangan kembali suasana indah dipondok dan terasa tiupan damai didalam jiwa. 

Catatan
URAJ

#ISLAM MEMIMPIN

YB Ust Rosli Jabar Adun Tanjung Lumpur


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.