Abuya nak sujud buat kali terakhir

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik



Permintaan akhir abuya nak sujud
 
Sujud syukur terakhir menjadi permintaan tokoh agama, Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari, 90, sebelum menghembuskan nafas seminggu kemudian.

Sabtu lalu, Hassan meminta dua anak lelakinya meletakkan beliau dalam posisi bersujud kerana sudah tidak mampu berdiri untuk menunaikan solat seperti sediakala.

Anak kesebelasnya, Datuk Mohd Zin Hassan berkongsi momen-momen akhir kenangan bersama ayahnya yang dipanggil abuya.

"Sabtu lepas, abuya minta saya sujudkan beliau, katanya abuya nak sujud. Saya dan abang, Abdul Rahman pun menuruti permintaannya...kami terbalikkan badan abuya dalam posisi bersujud.
"Kami risau juga sebab abuya lemah ketika itu, tetapi beliau mahu juga.

Menurut abuya, ALLAH dah bagi beliau umur yang panjang, dan sujud ini merupakan solat terakhirnya.

"Abuya kata beliau sudah tidak boleh bangun, ini sujud akhir kepada ALLAH. Dalam sujud itu kira-kira 15 minit itu, abuya minta ampun atas segala dosanya dan bersyukur kerana sepanjang hayatnya telah dikurniakan semua nikmat daripada ALLAH, usia sehingga 90 tahun, anak-anak dan keluarga yang baik.Itulah permintaan terakhir abuya dan keesokan harinya (Ahad minggu lepas) beliau tidak boleh lagi bercakap," katanya menahan sebak ketika ditemui di kediaman bapanya di Persiaran Keramat Hujung, di sini, hari ini.

Mohd Zin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd berkata, Ahad lepas apabila melihat kondisi bapanya yang lemah dan tidak boleh bercakap, mereka sekeluarga membawanya ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan hari ini cukup seminggu kemudian Allahyarham pergi selamanya.

Katanya, Allahyarham bapanya yang menderita kanser limfoma tahap empat yang dikesan Ogos lalu akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,  dan kemudian akan dikebumikan di Makam Diraja, Shah Alam.

Allahyarham yang juga penerima anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 2002, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, petang tadi kira-kira jam 5.07 petang tadi.

Allahyarham yang merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pelakon popular, Datuk Jalaluddin Hassan.

Beliau merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Banyak kes orang yang ajar mengaji Al Quran ini Allah berkati kematian mereka.... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.