4 aktivis mahasiswa ditangkap susulan demonstrasi anti Tunku 1969

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik



Berikutan daripada dua demonstrasi besar di kampus Universiti Malaya pada bulan Ogos 1969 (demonstrasi anti-Tunku dan demonstrasi menentang kekerasan polis menyuraikan demonstrasi pertama), pihak polis telah menangkap empat orang aktivis mahasiswa di bawah Ordinan Darurat pada 31 Ogos 1969.

Berikut adalah petikan dari editorial akhbar Mahasiswa Negara yang diterbitkan selepas penangkapan itu:

"Tindakan Kerajaan dan polis ini tidak akan menolong mententeramkan suasana di kampus atau melemahkan semangat perjuangan dikalangan pelajar-pelajar kita yang sudah mulai sedar sekarang. Ia hanya membuktikan bahawa Kerajaan dan segala alatnya tidak akan teragak-agak menekan siapa saja yang berani menyuarakan kebenaran dan berani menuntut yang hak."

"Kita masing-masing mempunyai pendirian politik yang berbeza. Ada yang menentang Tunku tetapi menyokong dasar-dasar Kerajaan, ada yang menentang dasar-dasar Kerajaan tetapi menyokong Tunku, dan tidak kurang pula yang menentang Tunku serta dasar-dasar tidak adil yang dijuarakannya."

"Kita semua harus menghormati hak masing-masing untuk mempunyai pendirian tersendiri dan mesti mendukung kebebasan masing-masing untuk menarik sokongan dengan menggunakan hujah bukan kekerasan. Tetapi kita tidak harus membenarkan perbezaan-perbezaan ini mengakibatkan kita semua berpecah-belah dalam mempertahankan hak-hak serta kebajikan-kebajikan kita bersama sebagai pelajar."

Tidak sampai 12 jam lepas mereka ditahan, lebih 1,000 orang mahasiswa telah berhimpun di Sudut Pidato UM untuk menunjukkan solidariti terhadap sahabat-sabahat mereka yang ditahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.