1934, tahun bermulanya perjuangan persuratan Melayu Pak Sako


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Foto Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) pada tahun 1934 ketika beliau berusia 25 tahun. 

Pada tahun itu beliau telah meletak jawatan daripada tugas Third Class Magistrate di bawah Malayan Civil Service (Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu) Kerajaan Penjajah British dan telah keluar mengembara ke merata pelusuk Semenanjung Malaya.

Selepas pengembaraan ini beliau mula bergiat aktif dalam politik, kewartawanan dan penulisan. 

Karya novel pertama beliau yang bertajuk "Putera Gunung Tahan", sebuah novel satira yang menyindir dan mengkritik penjajah British telah diterbitkan tiga tahun kemudian pada tahun 1937.

Sumber gambar: Arkib Negara




VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.