10 peratus belia di Malaysia cenderung membunuh diri



Kemurungan satu penyakit mental ibarat bim jangka. Siapa sangaka 1 daripada 10 belia di Malaysia mahu membunuh diri




KUALA LUMPUR5 Safar 1440HAhad – Kajian mendapati satu daripada 10 orang atau 10 peratus daripada 5.5 juta belia di negara ini mengalami tekanan dan mahu membunuh diri.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kaji selidik daripada Kesihatan Mental Kebangsaan 2017 itu menunjukkan bahawa tahap kesihatan mental anak muda semakin membimbangkan.

“Kaji selidik itu juga menunjukkan sebanyak 6.9 peratus pernah cuba untuk membunuh diri, malah mendedahkan kematian disebabkan bunuh diri merupakan kedua tertinggi dalam golongan berusia dari 16 hingga 29 tahun di seluruh dunia ketika ini,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program ‘Young Minds, Take Charge!’ sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Syed Saddiq berkata, isu kesihatan mental masih lagi dianggap tabu dalam kalangan masyarakat dan tidak diambil serius oleh pelbagai pihak sekali gus menyebabkan mangsa tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

“Ramai yang menganggap isu kesihatan mental ini tidak penting, remeh-temeh, ada yang fikir hari ini tertekan, esok sihatlah balik, masih ramai yang tidak mengambil serius mengenai isu ini.

“Saya sendiri ada pengalaman buruk dengan rakan baik saya, pada awalnya kita tak perasaan pun dia murung, apabila jumpa seperti tidak ada masalah tetapi lama-kelamaan kemurungan yang dihadapi semakin teruk dan apabila sudah terlewat, dia hanya lihat bunuh diri sebagai jalan penyelesaian,” katanya.

Sumber : Portal Islam dan Melayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.