PLKN dalam kenangan....

Sekiranya anda ada kisah atau apa sahaja yang hendak admin kongsikan ke dalam blog ini, terus WhatsApp admin di 0149678920



Sayang Program Latihan Khidmat Negara tiada lagi. Admin salah seorang wira (gelaran peserta lelaki PLKN) yang ikut serta program ini. Kem Princess Haliza Sg Pelek Sepang tahun 2007.

Pertama kali keluar rumah selepas SPM. Memang terasa berat nak pergi tapi sudah arahan ikutkan saje.

Banyak kenangan suka duka, dalam satu dom macam jenis kawan ada. SPM ko teruk ke cemerlang ke ... disumbat sekali.

Paling lawak dalam satu dom juga ada pelbagai agama... Islam, Hindu, Kristian...Sabah, Selangor, Terengganu, KL... 

Setiap pagi ahad yang Kristian pergi gereja, kawan Hindu meditasi atas katil, yang Islam wajib ke surau.

Masa kawad, nasib la berjemur tengah panas, nasib baik yang ada asas kawad tak kekok sangat tapi yang tak biasa boleh tumbang.

Ada kelas kenegaraan, aktiviti dalam kumpulan, memang best. 

Itu 11 tahun yang lalu punya cerita, sekarang kerajaan dah mansuhkan program ni...

Tengok sijil PLKN, yang tandatangan Dato Seri Najib yang masa tu Menteri Pertahanan, dia pun dah tak jadi Perdana Menteri lagi. Dulu laku sijil ni, sekarang entah la...

Baju Celoreng PLKN dibakar.... sunyi la Kem lepas ni...

Barang PLKN yang admin masih simpan, tali pinggang yang kepalanya ada logo PLKN... masih admin pakai...

serius 11 tahun kot.. pakai tali pinggang tu






Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.