Penat macam mana pun jadi suri rumah, orang tetap anggap kami goyang kaki tak rasa penat bekerja

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Kadang-kadang kita tak pernah ambil tahu bertapa penatnya menjadi suri rumah, bertapa pedihnya dilekeh orang bila tak berkerja makan gaji macam orang lain...

Baca luahan akak ni




Kalau ada keja kosong, tolg pm saya ye . Keja pape pun xpe . Sy ada degree in electrical engineering . Tp nk suh buat wiring tolongla jangan , terbakar rumah kau nnt 😂 kalau nk guna SPM aje pun bole . SPM sy ok la w/pn x flying colours . sy boleh mengajar, terutama subjek Maths . Membebel tanpa henti selama setengah jam adlh kelebihan sy 😏 

Sy dh penat jd surirumah . Walau 1000 kerja sy buat setiap hari, walau sy buat bisnes, walau sy ngajar tusyen, walau sy kehulu kehiliaq usung anak ambil anak antar anak p skolah, walau sy tunggang tbalik urus anak3 & rumahtangga, walau sy stress mengadap anak yg 24jam melekat d dada, d betis, d kaki, walau sy buat segalanya, sy tetap dianggap TAK BEKERJA . Ye, kauorg xsalah baca .Sy tetap dianggap TAK BEKERJA . Sy tetap dianggap TAK PENAT . Sy tetap dianggap TAK BERGUNA . Kalau sy bekerja , baru la agaknya org akan percaya yg sy PENAT . Baru sy dianggap BERGUNA . Agaknya la . 

Kalau sy boleh jerit supaya satu dunia dengar & faham isihati seorg surirumah, sy nak jerit . Kenapa ye, adakah seorg surirumah tu x berhak menyatakan bahawa dia juga sgt sgt penat, sama seperti org bekerja yg lain . Adakah seorg surirumah itu xberhak menyatakan bahawa dia juga bekerja, walau d rumah, walau tiada bayaran, walau tiada payslip . Adakah seorg surirumah itu xberhak mendapat rehat sepertimana org2 bekerja inginkan rehat . Adakah begitu ? Adakah mmg surirumah itu tiada apa2 hak lgsg . Kwsp 2% pun ramai yg xsetuju 😂 betapa TIADA HAK nya seorg surirumah 😭

Tapi itulah hakikatnya . Dunia harini mmg kejam . Kalau kau bukan wanita bekerja, siap sedialah utk dilabel "goyang kaki sepanjang hari" , "pemalas" , "baloq liat" , "buleh rehat sepanjang hari" , "pengabis duit suami" , "beban kpd suami" dan macam2 lagi label atau title yg "sedap" didengar . Selagi kau xkeluar bekerja, kau xde hak nk kata yg kau penat . Kau penat mcm nk mati pun kau jangan sesekali kata kau penat . Kau xbekerja kan, kau mana boleh penat ? Org bekerja je penat . 

Kau kerja la apa2 pun, jd cleaner ke, kerani ke, posmen ke, ape2 je asalkan kau kerja, asalkan kau keluar pagi balik petang, asalkan hujung bulan ada gaji masuk akaun, baru kau layak kata kau penat . Kan ?

Teringat lagi aritu ade post seorang hamba Allah tu kata, nak kawen nnt cari perempuan bekerja, jgn kawen dgn perempuan xbekerja . Nmpk sgt la org mmg pandang lekeh sggh kan pd perempuan xbekerja ni 😏 

W/pun makcik bukanlah nk keja sbb xcukup makan, sbb Alhamdulillaah selama ni makan minum pakai semua cukup walau suami keja sorang . Dan suami pun xkisah makcik nak keja atau xnak keja . Tp disebabkn dunia ini mmg kejam, tpksa la makcik update resume setelah 7tahun xtau letak mana dh smua2 dokumen tu 🤦🏻‍♀️

Ok lah . Hrp2 ada rejeki lah makcik tua ni org nk bg kerja lg 😝 jd tukang bancuh ayaq kt pantry pun jadi la no 😂 asalkan makcik ni klua pagi blk petang, ada gaji tiap bulan . Baru makcik digelar wanita bekerja . Baru org percaya makcik pun tahu penat . Hihihi . Kalau ade offer menarik leh pm makcik . Offer keja tu biaq yg senonoh la, jgn offer keja2 xsenonoh mcm kena menari tarian bobo d mana ke, mcm kena ampu & kipas menteri ke, mcm kena jd waiter kelab malam ke kena jadi cybertrooper kerajaan utk sebar fitnah ke . Smua tu xmau . No no no . Offer lah yg senonoh senonoh aje k . Sekian terima kasih .

Mode Rindu zaman bekerja . Bukan rindu zaman najib atau rindu zaman tun . Xkuasa nk rindu zaman2 gelap tu . Huhu .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.