Orang Melayu kena ingat, bukan Francis Light yang buka Pulau Pinang!



PULAU PINANG DIBUKA OLEH RAJA NAN INTAN  BUKAN FRANCIS LIGHT




Pembukaaan Pulau Pinang @ Pulau Mutiara bukan dilakukan oleh Francis Light, Sebaliknya melibatkan Raja Nan Intan yang juga dikenali sebagai Datuk Nakhoda Intan. Datuk Nakhoda Intan yang berasal dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat telah membuka Pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan pada 1734 setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II. 

Malah pada tahun yang sama, dua saudara Datuk Nakhoda Intan iaitu Nakhoda Bayan dan Nakhoda kecil juga telah datang ke negeri ini dan masing - masing membuka penempatan di Bayan Lepas serta Jelutong.
 
Francis Light hanya tiba di negeri ini selepas 52 tahun kedatangan Datuk Nakhoda Intan bersama saudaranya di Pulau Pinang. Seorang lagi tokoh dri alam Melayu yang tiba sebelum Francis Light ke negeri ini ialah Datuk Janatun.
 
Sehingga kini Masjid Batu Uban yang dibangunkan oleh Datuk Nakhoda Intan bersama pengikutnya masih utuh di samping sebuah telaga yang digali mereka juga airnya tidak pernah kering biarpun telah berusia hampir 300 tahun. Selain itu, Georgetown yang dibuka oleh Francis Light dan menjadi ibu negeri Pulau Pinang hari ini mempunyai nama asal yang diberikan penduduk tempatan sebelum kedatangan pegawai British berkenaan. 

Tanjung Penaga adalah nama asal Georgetown sebelum ditukakan British dan sebab itu masih ada orang negeri ini menyebut "Tanjung" bagi merujuk kawasan Georgetown yang secara tidak langsung menyokong pembukaan Pulau Pinang telah dibuat lebih awal sebelum kedatangan Francis Light.

Sumber dari :
Pakar Kesusasteraan Bandingan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Md. Salleh Yaapar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini

No comments

Powered by Blogger.