Maharaja Alwar : perangai pelik dan bengis...sampai pegawai Inggeris pun takut


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



Seorang manusia yang boleh didedahkan sebagai orang yang paling pemarah serta bengis ialah seorang maharaja India. Beliau adalah Raja Alwar di wilayah Rajashtan.

Sewaktu baginda bermain tenis, sekurang-kurangnya pihak istana harus menyediakan kira-kira 20 raket kerana maharaja ini akan mudah naik angina dalam permainan lantas mematahkan raketnya. Bukan setakat raket, sesiapa sahaja yang bermain dengannya dalam permainan itu akan menerima macam-macam tekanan seperti dipukul dan sebagainya.

Ketika Raja Alwar keluar, setidak-tidaknya tujuh hingga 10 pucuk senapang perburuan harus disediakan. Sebabnya, bila tembakan tidak mengenai sasaran, maka Maharaja Alwar akan mematah serta membengkokkan senapangnya kemudian mencampaknya ke dalam sungai, tasik atau hutan.

Lagipun pengawalnya harus berwaspada kerana tidak mustahil maharaja gila ini ini akan mengacukan senjata kepada pengawal dan orang-orang yang bersamanya semasa memburu.

Sememangnya diketahui umum bila maharaja ini berada di dalam pejabat, sekurang-kurangnya tujuh batang penan yang bersalutkan berlian disediakan untuk baginda menulis. Sekalipun maharaja itu menggunakan satu batang pen sahaja tetapi dia mahu melihat mejanya tersusun dengan batang pen yang mahal dan berkilau-kilauan.

Selain sifat pemarahnya yang luar biasa, Maharaja Alwar juga diketahui sebagai seorang raja yang boros dan berselera tinggi. Pakaiannya harus daripada sumber yang bagus dan mahal.

Dia mahu setiap almari pakaiannya padat dengan jenis-jenis yang bermutu bagi membolehkan dia dapat bertukar pakaian tidak kurang daripada 10 hingga 15 kali dalam sehari.

Tapi satu hal aneh tentang maharaja ini ialah dia nyata kurang asyik dengan wanita. Maharaja Alwar lebih suka untuk mempamerkan sifat marahnya yang kadangkala menakutkan bukan sahaja rakyatnya tetapi juga gabenor Inggeris.

Amat sulit bagi gabenor Inggeris untuk menasihati tentang urusan pentadbiran kerana maharaja ini tidak mahu mengikut cakap dan nasihat orang lain.

Pernah suatu ketika, orang-orang ternama Inggeris yang berada di Rajashtan terpegun bila dalam pertandingan polo yang disertai oleh maharaja itu mereka melihat dengan ngeri satu peristiwa yang sukar dilupakan. Ketika sedang rancak bermain polo, tiba-tiba kuda yang ditunggang oleh maharaja itu buat hal. Maharaja begitu marah dan perintah supaya permainan dihentikan. Kemudian dia membawa kuda itu kep tepi padang lantas meminta disimbahkan minyak petrol pada tubuh binatang itu dan kemudian membakarnya hidup-hidup.

Ramai penasihat dan kakitangan Inggeris yang menyaksikan perlawanan itu menjadi geri dengan kesombongan maharaja dan perangainya yang cukup pelik. Berikutan peristiwa itu hubungan antara pihak Inggeris dengan istana menjadi renggang. Maharaja tidak lagi ditegur  bila melakukan sesuatu yang aneh dan ganjil.

Oleh kerana sifatnya yang menakutkan, maka Maharaja Alwar juga menawarkan jawatan di istanakepada orang-orang yang kelihatan bengis dan menakutkan sehingga menjadikan istana berubah tempat yang cukup ngeri oleh rakyat jelata.

Keadaan itu menyebabkan tidak sesiapa yang berani mengusulkan sesuatu untuk melicinkan pemerintahan wilayah itu. Akhirnya maharaja ini telah ditangkap dan dihantar sebagai pesalah ke luar Negara.

Ketika menjadi pesalah sikap baran dan marahnya tidak juga surut. Sewaktu dia berada di istana buangan di Itali, dia memarahi Mussolini kerana tidak menyediakan sambutan hari lahirnya.
Maharaja itu dibuang daripada takhta kerana terlampau banyak membazirkan wang kerajaan, bersikap kasar terhadap penasihat Inggeris, membunuh orang ramai tanpa bicara.

Tapi kesalahan yang paling besar dilakukan sepanjang pemerintahannya adalah melibatkan pembaziran wang kerajaan untuk kepentingan dirinya sendiri.


Kereta Rolls Royce diletak penyapu untuk membersihkan sampah dijalanan antara perangai pelik Maharaja Alwar


Belanja istananya sahaja adalah separuh daripada pendapatan wilayah Rajashtan sehingga tiada sesiapa pun yang berani memotong perbelanjaan itu.

Sewaktu berusia 53 tahun maharaja itu dilaporkan mempunyai hutang sebanyak Sembilan juta kerana membeli barang-barang peribadi.

Bagaimanapun ada ketikanya raja ini akan menjadi orang cukup waras dan ramai kalangan pembesar kagum dan asyik dengan cerita dan buah fikiranyya. Inilah kelebihan yang ada pada maharaja itu menimbulkan kepelikan kepada penasihat Inggeris dan kalangan rakyatnya.

Tapi bila mana dia naik baran, janganlah ada sesiapa di sampingnya. Raja itu tidak berfikir panjang melakukan sesuatu yang ganjil. Hal yang demikian menyebabkan ramai orang menganggap baginda sebagai mempunyai dua sifat yang melampau.

Baginda kemudian pulang daripada buangan dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1937. Kematiannya menyebabkan penjajah Inggeris bertindak merampas wilayah Rajashtan kerana menanggung hutang yang besar.



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah




Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.